Ini antara dalil-dalil mereka :
Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati.” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali dia akan masuk surga.” Hadits di atas diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad (hal 157) dari jalan Marwan, yaitu Al Fazari, dari Yazid, iaitu Ibnu Kaisan, dari Abu Hazim Al Asyja’I, dari Abu Hurairah. Al Albani di dalam As-Silisilatush Shahiihah (1/133) menyebutkan bahawa hadist ini juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir di dalam Taarikh-nya (juz 9/288/I) dari jalan itu. (dipetik daripada http://www.halaqah-online.com/)..
Persoalannya, adakah hadith ini adalah bukti bahawa Rasulullah S.A.W. mengawal mutaba'ah para sahabatnya??
Hujah yang digunakan adalah satu kelemahan dalam memahami hadith kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah pula mengawal dan mencatit ibadah para sahabat tiap-tiap minggu nie. Ini adalah idea ciptaan manusia, bukan berasaskan petunjuk Nabi yang sahih. Apatah lagi, ibadah yang dipantau adalah ibadah khusus yang bersifat peribadi antara hamba dengan Allah, bukan untuk pengetahuan umum.
Sesungguhnya ibadah itu hanyalah semata-mata kepada Allah S.W.T
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" (Adz-Zaariyat :56)
Sesungguhnya sistem mutabaah ciptaan manusia ini adalah satu bentuk penambahan terhadap syariat yang digariskan oleh Allah S.W.T., sehinggakan menjadikan mutabaah ciptaan itu sebagai syariat jemaah, walaupun mungkin tidak beriktiqad WAJIB, namun sikap yang dihadapi dalam menilainya SEAKAN-AKAN IA WAJIB!!. Adakah ibadah itu hanyalah perintah murobbi dan naqib semata-mata?
Antara syubhat yang sering dilemparkan adalah
"Ini hanyalah bentuk tarbiah untuk melatih para ikhwah dan akhwat untuk membiasakan diri dengan ibadah, bukan menjadikannya syariat"
Adakah syariat yang digariskan oleh Allah dan dibawa oleh RasulNya belum cukup untuk kita? Adakah syariat yang menggariskan perbuatan itu sunat perlu diwajibkan? Mungkin para Hizbiyun tidak menganggapnya wajib, namun dengan ketetapan mesti lepas 3 juzuk, mesti 3x tahajud seminggu, tidak lepas kena iqob dan sebagainya, sudah nampak tindakan yang seolah-olah mewajibkan!!
Mencipta dasar-dasar tersendiri dalam agamalah yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam golongan berikut:
Berkata Imam Ibnu Kathir r.a :
"Makna lahiriah ayat bersifat umum, mencakup semua orang yang memecah-belah agama Allah dan bertentangan dengannya, kerana sesungguhnya Allah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk memenangkannya atas agama lainnya, dan syariatnya adalah satu, tidak ada pertentangan padanya serta tidak ada pemecah-belah"
Adakah pen'syariat'an hizbiyun terhadap mutabaah tidak bertentangan dengan apa yang telah disaranakan sendiri oleh Rasulullah SAW? Pernahkah Rasulullah SAW mengada-adakan sarana mutabaah ibadah walhal Baginda adalah sebaik-baik petunjuk? Bukankah syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW hanya satu?
Adakah Rasulullah S.A.W. mengabaikan tarbiyyah?
Lihatlah kaedah Rasulullah S.A.W
Contohnya, tarbiyah Rasulullah SAW untuk beristighfar :
'Sesungguhnya setan berkata : Demi kemulianMu wahai Tuhanku, tidah henti-hentinya aku akan menyesatkan hamba-hambaMu selama ruh mereka ada dalam jasad mereka. Lalu Tuhan yang Maha Luhur berkata: Demi KemuliaanKu dan keagunganKu , Aku tidak henti-hentinya mengampuni mereka selama mereka memohon ampun kepadaKu'
Hadith di atas diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Baihaqi dari Abi said r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda : (menyebut hadith di atas). (Silsilah al-Hadith as-Sohihah I, ms 235, hadith 104)
Adakah Rasulullah SAW menetapkan mesti membaca sebanyak 100x seminggu dan jika tidak lepas, maka kena iqob?? Rasulullah SAW hanya mengkhabarkan kemuliaan dan kelebihan mereka yang beristighfar, namun tidak pula mereka-reka suatu sistem atau sarana yang berlebih-lebihan. Sarana yang terbaik adalah anjuran Rasulullah SAW sendiri, bukan rekaan dan tambahan manusia.
"Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk pekerjaan adalah pekerjaan yang diada-adakan (dalam syariat), dan setiap yang diada-adakan adalah bidaah, dan setiap bidaah adalah sesat, dan setiap kesesatan adalah di neraka"
(Riwayat an-Nasaei dalam Sunannya : 1560)

salam..akhi..lihatlah kesungguhan para salaf menjaga ibadah..lihat siyar 'alam annubala' oleh al-imam azahabi..lihatlah buku dr nasih ulwan tentang ketaqwaan..kaedah fiqh telah menetapkan, untuk mencapai sesuatu yang wajib maka segala jalan kearahnya menjadi wajib. Selagi tidak bertentangan dengan Islam.Kalau begitu tutup segala sekolah agama..tutup kos agama..tak yah ambik ujian setiap agama..dan lain2..mana ada nabi terang khusus tentang pendidikan Iskam..Nabi SAW pesan..aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara jika kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya( ahmad. sekadar pendapat..maka hormatilah pendapat ini walaupun tidak menyetujuinya...
ReplyDeleteya akh..itu tidak dinafikan..tapi dalam bab ini, sunnah Nabi dalam hal galakan hanya menganjurkan Targhib (Galakan) wa Tarhib (Ancaman)..afwan, belum pernah ana dengar Nabi memantau ibadah para sahabat seminggu sekali..makanya, bnykkan Targhib wa Tarhib, soal ibadah anak halaqah, antra dia dengan Allah SWT, tk boleh sewenang2nya dianggap iman anak halaqah 'down' hnya sebab dia tak capai quran 4 juzuk smingu..wallahu a'lam
ReplyDelete