Thursday, 11 February 2010

Dangkalnya Mutabaah Ibadah..

Salah satu prinsip yang dipegang oleh para aktivis harakiyun/hizbiyun adalah memantau ibadah para ahli jemaah. Maka, ditetapkan kaedah yang diberi nama mutaba'ah amal yang merangkumi ibadah-ibadah khusus seperti tahajud, membaca Quran, dan sebagainya sebagai suatu kawalan kualiti kepada para aktivisnya. Sememangnya, ibadah-ibadah itu memang ada dalilnya namun dari mana pula datangnya kaedah memantau ibadah-ibadah khusus seseorang?

Ini antara dalil-dalil mereka :

Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati.” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali dia akan masuk surga.” Hadits di atas diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad (hal 157) dari jalan Marwan, yaitu Al Fazari, dari Yazid, iaitu Ibnu Kaisan, dari Abu Hazim Al Asyja’I, dari Abu Hurairah. Al Albani di dalam As-Silisilatush Shahiihah (1/133) menyebutkan bahawa hadist ini juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir di dalam Taarikh-nya (juz 9/288/I) dari jalan itu. (dipetik daripada http://www.halaqah-online.com/)..

Persoalannya, adakah hadith ini adalah bukti bahawa Rasulullah S.A.W. mengawal mutaba'ah para sahabatnya??

Hujah yang digunakan adalah satu kelemahan dalam memahami hadith kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah pula mengawal dan mencatit ibadah para sahabat tiap-tiap minggu nie. Ini adalah idea ciptaan manusia, bukan berasaskan petunjuk Nabi yang sahih. Apatah lagi, ibadah yang dipantau adalah ibadah khusus yang bersifat peribadi antara hamba dengan Allah, bukan untuk pengetahuan umum.

Sesungguhnya ibadah itu hanyalah semata-mata kepada Allah S.W.T

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" (Adz-Zaariyat :56)

Sesungguhnya sistem mutabaah ciptaan manusia ini adalah satu bentuk penambahan terhadap syariat yang digariskan oleh Allah S.W.T., sehinggakan menjadikan mutabaah ciptaan itu sebagai syariat jemaah, walaupun mungkin tidak beriktiqad WAJIB, namun sikap yang dihadapi dalam menilainya SEAKAN-AKAN IA WAJIB!!. Adakah ibadah itu hanyalah perintah murobbi dan naqib semata-mata?

Antara syubhat yang sering dilemparkan adalah

"Ini hanyalah bentuk tarbiah untuk melatih para ikhwah dan akhwat untuk membiasakan diri dengan ibadah, bukan menjadikannya syariat"

Adakah syariat yang digariskan oleh Allah dan dibawa oleh RasulNya belum cukup untuk kita? Adakah syariat yang menggariskan perbuatan itu sunat perlu diwajibkan? Mungkin para Hizbiyun tidak menganggapnya wajib, namun dengan ketetapan mesti lepas 3 juzuk, mesti 3x tahajud seminggu, tidak lepas kena iqob dan sebagainya, sudah nampak tindakan yang seolah-olah mewajibkan!!

Mencipta dasar-dasar tersendiri dalam agamalah yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam golongan berikut:

Berkata Imam Ibnu Kathir r.a :

"Makna lahiriah ayat bersifat umum, mencakup semua orang yang memecah-belah agama Allah dan bertentangan dengannya, kerana sesungguhnya Allah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk memenangkannya atas agama lainnya, dan syariatnya adalah satu, tidak ada pertentangan padanya serta tidak ada pemecah-belah"

Adakah pen'syariat'an hizbiyun terhadap mutabaah tidak bertentangan dengan apa yang telah disaranakan sendiri oleh Rasulullah SAW? Pernahkah Rasulullah SAW mengada-adakan sarana mutabaah ibadah walhal Baginda adalah sebaik-baik petunjuk? Bukankah syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW hanya satu?

Adakah Rasulullah S.A.W. mengabaikan tarbiyyah?

Lihatlah kaedah Rasulullah S.A.W

Contohnya, tarbiyah Rasulullah SAW untuk beristighfar :

'Sesungguhnya setan berkata : Demi kemulianMu wahai Tuhanku, tidah henti-hentinya aku akan menyesatkan hamba-hambaMu selama ruh mereka ada dalam jasad mereka. Lalu Tuhan yang Maha Luhur berkata: Demi KemuliaanKu dan keagunganKu , Aku tidak henti-hentinya mengampuni mereka selama mereka memohon ampun kepadaKu'

Hadith di atas diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Baihaqi dari Abi said r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda : (menyebut hadith di atas). (Silsilah al-Hadith as-Sohihah I, ms 235, hadith 104)

Adakah Rasulullah SAW menetapkan mesti membaca sebanyak 100x seminggu dan jika tidak lepas, maka kena iqob?? Rasulullah SAW hanya mengkhabarkan kemuliaan dan kelebihan mereka yang beristighfar, namun tidak pula mereka-reka suatu sistem atau sarana yang berlebih-lebihan. Sarana yang terbaik adalah anjuran Rasulullah SAW sendiri, bukan rekaan dan tambahan manusia.

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk pekerjaan adalah pekerjaan yang diada-adakan (dalam syariat), dan setiap yang diada-adakan adalah bidaah, dan setiap bidaah adalah sesat, dan setiap kesesatan adalah di neraka"

(Riwayat an-Nasaei dalam Sunannya : 1560)

Dakwah Hizbi vs Dakwah Rasul

Sesungguhnya dakwah adalah tugas yang sangat mulia, yang mana tidak mampu dipikul melainkan oleh orang-orang yang benar-benar berpegang kepada prinsip yang tulen dalam beragama. Malangnya, rata-rata hari ini mengaku dirinya pendakwah, mendakwa berciri-cirikan pendakwah, namun jauh sungguh dari sisi dakwah yang tulen yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Apakah tujuan utama Para Rasul diutuskan di atas muka bumi ini?

"Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya : 'Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku' " ( Al-Anbiya : 25)

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah sahaja dan Jauhilah Taghut" "(An-Nahl :36)

Lihatlah tidak lain dan tidak bukan tujuan utama para Rasul diutuskan adalah untuk mengajak manusia kembali mentauhidkan Allah SWT dengan tauhid yang suci. Namun, hal ini sangat berbeza dengan dakwah gaya Hizbi, seruan utama mereka adalah mengajak umat berpersatuan. Seolah-olah mereka buta dalam melihat marhalah dakwah sebenar Rasulullah SAW.

Rata-rata Hizbi seperti Hasan al-Banna melihat tujuan utama manusia diutuskan melihat tujuan utama diciptakan manusia untuk memikul beban kepimpinan (politik) seperti dalam rangka kata berikut :

"Ini bererti bahawa al-Quran telah menjadikan kaum Muslimin sebagai mandataris-Nya di hadapan umat manusia, memberikan kepada mereka hak-hak kepimpinan dan kewenangan atas dunia untuk menunaikan mandat suci itu" (majmuk Rasail, Hasan al-Banna, ms 206)

Adakah masalah imamah (kepimpinan) menjadi dasar sebenar dakwah Nabi Muhammad SAW??

"Sesungguhnya saya diperintahkan untuk membunuh manusia sehingga ia bersaksi, bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah dan aku adalah Rasul-Nya, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan itu semua, maka mereka terhindar daripada saya darah mereka dan harta-harta mereka kecuali kerana haknya" (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Maka, ketahuilah bahawasanya dakwah adalah menuju tauhid, itulah yang paling utama, bukan mengajak kepada berpersatuan atau haraki.

Namun, sejumlah Harakiyun seperti Fathi Yakan bersenang-lenang dalam menghadapi golongan-golongan pentakwil. Contohnya adalah seperti berikut :

" Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah
s.w.t.

Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk pentakwilan sesetengah ayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf tidak wajar dijadikan timbulnya perselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali perbalahan dari kalangan khalaf di masa lampau mahupun masa kini"
(Apa Erti Saya Menganut Islam, bab Saya mestilah muslim dari sudut akidah, ms 8)

Nah, Apakah akidah yang ingin diserukan oleh golongan hizbiyun ini..Salaf wa Khalaf?? Adakah mereka menganggap bahawa pentakwilan sifat-sifat Allah tidak termasuk jenayah aqidah yang besar? Walhal kerana dakwah tauhidlah, maka para rasul mendapat tentangan yang dahsyat. Namun para Hizbiyun bersenang-lenang dalam menghadapi golongan Ahlu Takwil..

Maka, lihatlah perbezaan dakwah Hizbi dengan Dakwah Para Anbiya..!