Thursday, 11 February 2010

Dakwah Hizbi vs Dakwah Rasul

Sesungguhnya dakwah adalah tugas yang sangat mulia, yang mana tidak mampu dipikul melainkan oleh orang-orang yang benar-benar berpegang kepada prinsip yang tulen dalam beragama. Malangnya, rata-rata hari ini mengaku dirinya pendakwah, mendakwa berciri-cirikan pendakwah, namun jauh sungguh dari sisi dakwah yang tulen yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Apakah tujuan utama Para Rasul diutuskan di atas muka bumi ini?

"Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya : 'Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku' " ( Al-Anbiya : 25)

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah sahaja dan Jauhilah Taghut" "(An-Nahl :36)

Lihatlah tidak lain dan tidak bukan tujuan utama para Rasul diutuskan adalah untuk mengajak manusia kembali mentauhidkan Allah SWT dengan tauhid yang suci. Namun, hal ini sangat berbeza dengan dakwah gaya Hizbi, seruan utama mereka adalah mengajak umat berpersatuan. Seolah-olah mereka buta dalam melihat marhalah dakwah sebenar Rasulullah SAW.

Rata-rata Hizbi seperti Hasan al-Banna melihat tujuan utama manusia diutuskan melihat tujuan utama diciptakan manusia untuk memikul beban kepimpinan (politik) seperti dalam rangka kata berikut :

"Ini bererti bahawa al-Quran telah menjadikan kaum Muslimin sebagai mandataris-Nya di hadapan umat manusia, memberikan kepada mereka hak-hak kepimpinan dan kewenangan atas dunia untuk menunaikan mandat suci itu" (majmuk Rasail, Hasan al-Banna, ms 206)

Adakah masalah imamah (kepimpinan) menjadi dasar sebenar dakwah Nabi Muhammad SAW??

"Sesungguhnya saya diperintahkan untuk membunuh manusia sehingga ia bersaksi, bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah dan aku adalah Rasul-Nya, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan itu semua, maka mereka terhindar daripada saya darah mereka dan harta-harta mereka kecuali kerana haknya" (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Maka, ketahuilah bahawasanya dakwah adalah menuju tauhid, itulah yang paling utama, bukan mengajak kepada berpersatuan atau haraki.

Namun, sejumlah Harakiyun seperti Fathi Yakan bersenang-lenang dalam menghadapi golongan-golongan pentakwil. Contohnya adalah seperti berikut :

" Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah
s.w.t.

Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk pentakwilan sesetengah ayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf tidak wajar dijadikan timbulnya perselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali perbalahan dari kalangan khalaf di masa lampau mahupun masa kini"
(Apa Erti Saya Menganut Islam, bab Saya mestilah muslim dari sudut akidah, ms 8)

Nah, Apakah akidah yang ingin diserukan oleh golongan hizbiyun ini..Salaf wa Khalaf?? Adakah mereka menganggap bahawa pentakwilan sifat-sifat Allah tidak termasuk jenayah aqidah yang besar? Walhal kerana dakwah tauhidlah, maka para rasul mendapat tentangan yang dahsyat. Namun para Hizbiyun bersenang-lenang dalam menghadapi golongan Ahlu Takwil..

Maka, lihatlah perbezaan dakwah Hizbi dengan Dakwah Para Anbiya..!

No comments:

Post a Comment